Pages

Tahukah anda apakah itu ISTIDRAJ?

Tahukah anda apakah itu ISTIDRAJ?

Rasullulah s. a. w. bersabda :
Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Manusia istidraj :

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.

“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.”

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk mengujinya.

Rasullulah s. a. w bersabda :
“Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya”

(Kitab Nasaibul’Ibad)

*******************************************




Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Tujuan hidup kita adalah mencari KEREDHAAN Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia BERSYUKUR nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.

Bila dunia pergi dia berasa rugi, 
Bila dunia datang dia lupa diri. 


Sumber asal blog.

Tujuh Lubang Ajaib Di Dunia (Jom Lihat)


1. Kimberley Hole (Afrika Selatan)
Lubang Besar Kimberley berada di Afrika Selatan dan lubang ini mencapai kedalaman 1.097 meter dan garis tengah lubang ini adalah 463 meter. Lubang ini adalah yang terbesar yang pernah digali manusia di atas bumi ini. Dari tahun 1866 hingga 1914 (ditutup pemerintah) sebanyak 50.000 penambang telah menggali lubang ini dan menghasilkan lebih dari 3 ton berlian. Jumlah tanah yang terbuang oleh penambangan diperkirakan sekitar 22,5 juta ton.

kimberley hole 1
kimberley hole 2
2. Glory Hole (Monticello Dam, California)
Lubang ini merupakan spillway terbesar di dunia, digunkan apabila air sudah melebihi kapasitas waduk dan harus dikurangi volumenya. Dengan ukuran ini memungkinkan untuk mengkonsumsi 14.400 kubik air setiap detik. Lokasi lubang ini berada di Bendungan Monticello, California, Amerika.
glory hole 1glory hole 2glory hole 3
glory hole 4
3. Bingham Canyon Mine (Utah)
Lubang ini dibuat manusia untuk pertambangan. Pengerukan dimulai pada tahun 1863 dan masih terus berlangsung sampai dengan hari ini. Pada saat ini ukuran lubang adalah dengan kedalaman 0,75 mil dan lebar 2,5 mil.
bingham canyon 1
bingham canyon 2
4. Great Blue Hole (Belize)
Fenomena geografis yang luar biasa ini dikenal sebagai “Blue Hole” terletak 60 mil di bagian daratan Belize. Terdapat banyak “blue hole” di seluruh dunia, tetapi tidak seperti yang menakjubkan ini. Pada permukaan diameter lubang adalah 0,25 mil, dengan kedalaman mencapai 145 meter. Dengan jelas bisa diamati dengan menyelam.
blue hole 1blue hole 2
5. Mirny Diamond Mine (Serbia)
Banyak orang telah melihat lubang satu ini. Mereka berpendapat bahwa penambangan intan ini hasil perbuatan manusia terburuk yang pernah ada di dunia. Pada kedalaman 525 meter dan diameter atas 1200 meter, bahkan telah ditetapkan larangan terbang di atas zona lubang karena beberapa helikopter pernah jatuh kedalam lubang tersebut.

mirny diamond mine 1mirny diamond mine 2

mirny diamond mine 3
6. Diavik Mine (Canada)
Lubang yang luar biasa ini dapat ditemukan di 300km timur laut dari Yellowknife di Kanada. Ini adalah tambang yang sangat besar dan daerah yang jauh sehingga ia bahkan telah memiliki sendiri bandara dengan landasan yang cukup besar untuk menampung sebuah Boeing 737. Hal itu juga terlihat sama ketika air di sekililingnya membeku.

diavik  mine 1diavik  mine 2
7. Sink Hole (Guatemala)
Pada tahun 2007 terjadi sebuah sink hole atau lubang sedalam 300 kaki yang sanggup menelan Patung Liberty. Sinkhole disebabkan ketika air (air hujan atau kotoran biasanya) di dalam bumi hilang pada skala besar, sehingga menyebabkan perubahan tekanan dari bawah, ketidakstabilan alam dan menyebabkan permukaan tanah “collaps” atau runtuh ke dalam bumi, menenggelamkan belasan rumah dan menewaskan setidaknya 3 orang.

sink hole 1sink hole 2sink hole 3
Sumber: babesajabu.wordpress

Ya Allah!! Jika......










Andai Rasulullah s.a.w bersama kita - Law Kaana Bainana

Law Kana Bainana

law kana bainana al-habeeb 
la dana alqassi wal qareeb 
men taibateen qabl al mageeb 
taleeban qurbal habeeb 

fi qurbeehi anafsu tateeb 
wa tad'u allaha fa yogeeb 
anwaar taha la tagheeb 
baleeghna leeqahu ya mugeeb 

fadatka roohi ya habeeb 
mohamadun mukreemal ghareeb 
be qurbeeka arroho tateeb 
ya rahmatan lilalameen 

==================== 

لو كان بيننا الحبيب 
لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب 
طالباً قرب الحبيب 

في قربه النفس تطيب 
تدعو الله فيجيب 
أنوار طه لا تغيب 
بلغنا لقاه يا مجيب 

فدتك روحي يا حبيب 
محمد مكرم الغريب 
بقربك الروح تطيب 
يا رحمة للعالمين 

==================== 

kalaulah Al-habib (nabi muhamad) ada diantara kita.. 
maka akan hampir kepadanya yg jauh & yg dekat 
drpada ‘Toybah’ sebelum ia lenyap.. 
mengharapkan dekat denganya (al-Habib) 

hampir denganya jiwa rasa tenang 
jika kau berdoa pasti diperkenankan-NYA.. 
cahaya Taha ( Nabi Muhamad ) tidak pernah lenyap 
pertemukanlah kami denganya Ya Mujib ( 

kan ku gadaikan nyawaku wahai Habib ( nabi) 
Muhamad yg memuliakan gharib (org yg jauh/ tidak dikenali) 
berhampiran dengan mu jiwa rasa tenang 
wahai Rahmat sekalian alam 

Ya Habibi Ya Muhammad 
(wahai kekasihku Muhammad) 
Ya Tobibi Ya Mumajjad 
(wahai penawarku yg dimuliakan) 
Anta zul-Fadhlil—muayyad 
(kau yang memiliki segala kelebihan) 
Jalla man solla ‘alaik 
(kemuliaan bagi mereka yg berselawat ke atas mu)




Fakta sains barat vs fakta al-Quran

Fakta Saintis Barat

    1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai berusia 4.4 juta di Ethiopia.
    2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
    3. Manusia dahulu tidak mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
    4. Manusia berevolusi melalui pelbagai zamanà ais/batu

Fakta Al-Quran-1

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

(Al-Baqarah- Ayat 30-34)

BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.

Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama “Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas dua jenis korban itu.

BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI ALLAH S.W.T JUGA.

Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi : Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?, Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi: “kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya), balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang waktu 40tahun.

MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.

Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.

SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?

Sekarang terserah kepada anda sendiri. Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography yang terkadang menyesatkan.

Sumber asal website.

Editor : tengah boring-boring xtaw nk watpa, surf2 tnet terbaca pulak pasal ni.. sejarah yang kita belajar kat sekolah dulu mmg x boleh di percayai... try la tengok video ni.

Solat lelaki, jaga aurat anda!


Editor: Time-time solat tu kadang ada yang terlupa aurat.. So sama-sama la kita mengambil berat tentang benda ni..

Sumber asal gambar daripada website.

Imej-imej berkaitan tudung (Jom Lihat)



Bertudung biarlah tidak berpakaian ketat



Tudung yang menyerupai kaum lain
Jangan jadi begini
Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.
Sumber rujukan hadis daripada Dr. Maza

Editor: Kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. So janganlah buat ye..


Tudung vs tak bertudung (FACEBOOK)

Editor : geleng kepala.. Thumbs up to muslimah =))

Hikmah sujud

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 77 yang bermaksud:
"Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..."

Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari
segi perubatan, antaranya:

  1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud akan:

  1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen bond womb)
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  5. Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelviks.
  9. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  10. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba- tiba menerima pengepam darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.
Sumber asal facebook.

Khas buat insan yang bernama suami..



1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing & berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Syukran kepada saudara facebook

Rasailah kelazatan membaca al-Quran

Al Quran Penenang Hati

Dan, tahukah anda – keistimewaan Ramadhan yang meneduhkan ini ialah ia merupakan bulan Al-Quran. Sesiapa yang jiwanya akrab dengan Al-Quran nescaya jiwa-jiwa dan hati-hatinya sangat tenang dan damai. Inilah keistimewaan Al-Quran.

Al-Quran.

Sumber ketenangan jiwa.

Pancaran kebahagiaan buat nurani.

Sinaran cahaya yang menyinari sanubari.

Itulah Al-Quran.

Ia merupakan kalamullah yang akan memberikan ketenangan kepada jiwa. Ia membawa hati-hati manusia dekat dan hampir dengan Sang Kekasih agung iaitu Allah SWT.

Hubungan kita akan menjadi hidup dan segar apabila kita benar-benar akrab dan mesra dengan Al-Quran. Inilah kitab yang mempunyai pelbagai keajaiban dan kenikmatan yang memikat hati.

Bahkan, membaca Al-Quran akan diganjari dengan kebaikan dan pahala daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.” ( Riwayat al-Tirmizi)

Saidina Uthman bin Affan berkata : “ Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf Al-Quran padanya.” ( Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman)

Namun, banyak persoalan-persoalan yang timbul difikiran  kebanyakan kita. Kenapa kita tempuhi Ramadhan dengan jiwa yang tumpul perasaanya tanpa semangat dan keghairahan. Kita lalui dengan bermalas-malasan terutama malas untuk membaca Al-Quran.

Selalunya, Al-Quranlah yang begitu sukar untuk kita tatapnya saban waktu dan detik.Terasa berat dan kemalasan mulai berbenih di dalam diri sendiri. Timbul pelbagai rekaan-rekaan alasan berkiblatkan hawa nafsu.

“ Buat apa baca Al-Quran, tak faham langsung!”

“ Susahlah hendak sebut huruf-huruf Al-Quran ini,”

“ Buang masa sahaja baca, tak dapat apa-apa pun”

Banyak helah dan omong-omongan yang muncul dari kalangan kita. Agar Al-Quran tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Jika inilah yang sedang menghinggapi kita saat ini, amat rugilah kita. Seharusnya, di bulan yang mulia inilah –  kita semakin aktif dan cergas membaca dan mentadarus Al-Quran bersama rakan-rakan kita.

Jika kita malas dan menunda-nunda untuk menbaca Al-Quran itu satu alamat dan tanda. Apakah maksudnya?

Itu tanda kekerasan hati dan kesannya ialah kita akan ditimpa kesusahan di dunia, terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan dan diancam dengan azab di akhirat. Sebaliknya jika sentiasa akrab dengan Al-Quran, hati akan menjadi lembut dan jernih, fikiran menjadi cerdas, perasaan kian tenteram dan anggota badan menjadi cergas.

Hilanglah segala seri kenikmatan dalam menjalani amalan soleh di bulan Ramadhan ini jika hati kita sebegini. Marilah kita singkirkan dengan segera segala perasaan, tabiat dan sifat-sifat malas untuk membaca Al-Quran kepada suka, gemar dan cintakan Al-Quran.

Petikan diambil daripada website.

Hilangkan rabun anda dengan pembedahan LASIK

Pembedahan LASIK

LASIK atau nama lainnya 'laser in situ keratomileusis' adalah pembedahan untuk membetulkan masalah penglihatan yang membabitkan kornea seperti rabun dekat (myopia), rabun jauh (hiperopia) dan astigmastisma (lengkungan kornea tidak sekata yang menjejaskan penglihatan dekat dan jauh).

Ia dikategorikan sebagai prosedur pesakit luar kerana pembedahan ini mengambil masa kira-kira 15 minit saja. Sehingga kini, berjuta-juta orang mendapat faedah daripada pembedahan LASIK yang bukan saja membebaskan mereka daripada belenggu kaca mata, bahkan dapat memperbaiki penampilan yang secara tidak langsung meningkatkan keyakinan.

Walaupun menggunakan laser, LASIK adalah pembedahan yang selamat. Mata seseorang diperiksa terlebih dulu, terutama tekanan dalam mata (menggunakan tonometer), kelengkungan kornea (alat: keratometer) dan ketebalan kornea (alat: pacimeter) bagi memastikan anda layak menjalani pembedahan ini.

Secara ringkasnya, pembedahan ini dilakukan dalam keadaan pesakit sedar. Alat pemegang kelopak mata (spekulum) diletakkan di atas mata bagi memastikan mata sentiasa terbuka dan mengelak anda mengelip.

Satu gelang khas dimasukkan supaya menstabilkan kornea dan menyediakan mata untuk pembedahan. Dalam pembedahan ini bentuk kornea dibetulkan supaya penglihatan pesakit menjadi lebih jelas.

Menurut Ketua Pembedahan Kornea dan Refraktif Pusat pakar Mata Antarabangsa (ISEC), Dr Michae Law, oleh kerana pembedahan LASIK dilakukan dalam keadaan pesakit sedar, mata pesakit akan bergerak (berputar). Putaran antara tiga hingga 19 darjah (had maksimum) akan menjejaskan hasil pembedahan, terutama bagi pesakit yang mempunyai masalah rabun jauh dan astigmatisme teruk.

Katanya, putaran mata ketika pembedahan boleh mengurangkan jangkaan hasil pembedahan pada pesakit melalui teknologi kawalan pengesanan mata yang canggih. Ini adalah teknologi yang boleh mengesan putaran bebola mata secara aktif ketika pembedahan dijalankan.
“Kaedah ini membolehkan doktor mengawal pergerakan mata pada semua arah. Pengesanan ini memberi hasil pembedahan lebih tepat dan selamat kerana pergerakan anak mata dipantau dan doktor boleh menghalakan sinaran laser secara tepat di bahagian kornea yang dikehendaki. Malah, rawatan boleh dihentikan serta merta jika mata berputar melebihi had ditetapkan."
“Jika dulu, tanpa kaedah moden ini, doktor biasanya tidak menggalakkan pesakit yang alami masalah rabun jauh dan astigmatisme tinggi untuk jalani pembedahan,” katanya ketika pelancaran teknologi Kawalan Pengesanan Mata Lanjutan Zyopix (ACE).
Sebelum ada teknologi ACE, peralatan yang digunakan hanya boleh mengesan pergerakan bebola mata yang menegak atau melintang. Jadi hasil pembedahan tidak sebaik jika dibandingkan dengan teknologi pengesanan ACE.

Siapa yang sesuai menjalani LASIK:

  • Bebas daripada penyakit mata
  • Masalah penglihatan adalah dalam had yang boleh dibetulkan
  • Kuasa kaca mata atau kanta sentuh stabil sekurang-kurangnya dalam masa setahun
  • Berumur 18 tahun ke atas 
Keadaan yang tidak layak untuk pembedahan LASIK:
  • Jika kornea terlalu nipis
  • Mempunyai masalah kesihatan lain
  • Rabun terlalu teruk atau kuasa kaca mata sangat tinggi
  • Hamil (kerana perubahan hormon boleh menyebabkan kuasa cermin mata berubah). 
LASIK bukan pembedahan yang perlu dilakukan segera, jadi ia boleh ditangguhkan sehingga selepas tamat pantang. Kata Dr Law, pesakit kencing manis yang terkawal dan tiada masalah mata boleh menjalani pembedahan LASIK. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang terperinci terlebih dulu.

Malah, bagi individu yang memakai kanta lekap, mereka dinasihatkan tidak memakainya buat sementara sebelum menjalani pembedahan kerana kanta lekap boleh mengubah bentuk kornea. Pada masa sama, elak memakai mekap mata sebelum dan pada hari pembedahan kerana ia boleh mengganggu rawatan dan meningkatkan risiko jangkitan.

Kesan sampingan yang sering dilaporkan (akan hilang selepas tempoh tertentu)

  • Mata kering
  • Silau
  • Punca cahaya (contohnya lampu) kelihatan berbaur
  • Penglihatan pada waktu malam agak kabur
  • Sensitif pada cahaya “Selepas pembedahan, mata pesakit berasa tidak selesa (sama ada panas, gatal atau seolah-olah ada sesuatu di dalam mata) selama beberapa jam. 

Untuk mengelak jangkitan atau keradangan, doktor akan memberi cecair titis untuk digunakan setiap hari selama beberapa hari.
“Malah, anda juga mungkin diberi pelindung mata untuk dipakai ketika tidur bagi beberapa hari selepas pembedahan. Ia bertujuan mengelak anda menggosok mata secara tidak sengaja,” katanya.
Sejurus selepas pembedahan, penglihatan masih kabur dan semakin baik keesokan harinya. Pesakit dikehendaki datang semula untuk pemeriksaan susulan dan ramai berpuas hati dengan penglihatan mereka selepas pelindung mata ditanggalkan. Untuk beberapa hari pertama, pesakit dinasihatkan memakai kaca mata hitam bagi mengelak masalah sensitif pada cahaya. Pesakit tidak dibenarkan berenang, berendam dalam mandian panas atau di jakuzi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu. Anda juga tidak digalakkan memandu sehingga pandangan benar-benar jelas.
Langkah Pembedahan LASIK

Jangan lupa untuk bersyukur

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya.. Seringkali kita lupa, seringkali kita alpa untuk bersyukur atas nikmat Ilahi.. Kekadang sebab x dapat satu je daripada nikmat Allah atau kita mendapat ujian yang dasyat dan berat daripadaNya,  kita menjadi kedekut untuk bersyukur atas nikmatNya yang lain..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita..
Pesakit memberi kepercayaan sepenuhnya kepada doktor yang merawatnya.. Ada juga pesakit yg cuba melanggar arahan doktor, memakan ubat dengan harapan kalau-kalau dia memakan ubat dgn banyak lagi cepat la dia sembuh...Tetapi hakikatnya perbuatan tersebut adalah membahayakan pesakit tersebut, boeh jadi dia terkena side-effect akibat overdos ubat.. Walhal semua tahu ubat adalah utk mengubati sakit.. Sebab tu la kita kena ikut arahan yg diberi doktor dan memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, kerana doktor lebih "mengetahui" apa yg terbaik buat kita..

Puasa mengajar kita erti bersabar, kekadang ketika nk membeli juadah untuk berbuka, kita membeli bermacam-macam jenis juadah, kuih-muih.. Padahal, time nk berbuka, bila dah makan dua tiga jenis juadah, juadah-juadah yg lain tu x larat kita nak habiskan.. Bagi aku, bila dah makan nasik & minum air, kueh mueh mmg dah x larat nak layan.. Begitulah juga dalam kehidupan, kita inginkan macam-macam.. Walaubagaimanapun, Allah jua la yg mengetahui apa yg kita perlukan..Kehidupan sederhana, disamping keluarga tercinta pun sudah memadai bagi kita utk merasa kebahagiaan..Harta yg banyak pun, kekadang x larat kita nak menjaganya...Ibarat Donald Trump yg pening kepala sbb menguruskan lebih dari 100 cawangan syarikat miliknya..hu3

Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:
"Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu per- satu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya."
Surah Ibrahim 14:34

Syeikh Muhammad Abduh:
Syukur ialah apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah s.w.t.
 Ibn Ujaibah:
Syukur ialah kebahagiaan hati atas nikmat yang diperoleh, kemudian diiringi dengan mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk tunduk dan patuh kepada-Nya dan mengakui dengan penuh rendah hati keluasan nikmat yang diterima daripada-Nya.
Ibn Alan al-Siddiqi:
Syukur ialah pengakuan terhadap nikmat yang diterima dan sikap suka membantu.
Abu Bakar al-warraq:
Syukur ialah dengan memerhatikan pemberian-Nya dan menjaga kehormatan.
Junaid al-Baghdadi:
Syukur ialah apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yang diperolehi.

Orang Kristian Menuduh Nabi Luth Berzina Dengan Anak Sendiri - BIBLE

Kisah Luth
Kejadian 19 : 30-38
19:30. Pergilah Lot dari Zoar dan ia menetap bersama-sama dengan kedua anaknya perempuan di pegunungan, sebab ia tidak berani tinggal di Zoar, maka diamlah ia dalam suatu gua beserta kedua anaknya.

19:31 Kata kakaknya kepada adiknya: "Ayah kita telah tua, dan tidak ada laki-laki di negeri ini yang dapat menghampiri kita, seperti kebiasaan seluruh bumi.

19:32 Marilah kita beri ayah kita minum anggur, lalu kita tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."

19:33 Pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu masuklah yang lebih tua untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

19:34 Keesokan harinya berkatalah kakaknya kepada adiknya: "Tadi malam aku telah tidur dengan ayah; baiklah malam ini juga kita beri dia minum anggur; masuklah engkau untuk tidur dengan dia, supaya kita menyambung keturunan dari ayah kita."

19:35 Demikianlah juga pada malam itu mereka memberi ayah mereka minum anggur, lalu bangunlah yang lebih muda untuk tidur dengan ayahnya; dan ayahnya itu tidak mengetahui ketika anaknya itu tidur dan ketika ia bangun.

19:36 Lalu mengandunglah kedua anak Lot itu dari ayah mereka.

19:37 Yang lebih tua melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Moab; dialah bapa orang Moab yang sekarang.

19:38 Yang lebih mudapun melahirkan seorang anak laki-laki, dan menamainya Ben-Ami; dialah bapa bani Amon yang sekarang.

Layak kah kitab ini dikatakan kitab yang masih Suci???????
Layak kah kitab ini menjadi petunjuk untuk umat manusia????

Kitab yang asalnya suci ini telah dicemari oleh orang-orang kristian dengan tuduhan-tuduhan yang keji terhadap Nabi Allah.

Sumber asal daripada FB, Luqman A. Zamani

Editor :
Patutkah nabi Allah yang maksum itu mendapat tuduhan sebegini? Adakah umatnya akan mengikutinya jika ternyata dia merupakan seorang penzina anak sendiri?
Memang sukar untuk menutup kebenaran dengan kebathilan.. Aku try la check klu crita ni btul ada kat bible.. dan mmg ternyata..
Try la bukak Bible Genesis 19:30-38 atau try klik ke website ni

Rupa Kiamat..

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Semak status HALAL secara Online dan SMS


Assalamualaikum warahmatullah, isu makanan HALAL dan HARAM terus mencengkam kehidupan umat Islam. Keadaan ini berlaku kerana Umat Islam Malaysia tak mampu menyediakan kemudahan yang cukup dan bergantung kepada Non-Muslim untuk menyediakan kemudahan seperti makan proses, bahan makanan sehinggalah kedai makan.
Makanan Halal 300x225 Semak status HALAL secara Online dan SMS
Makanan Halal jangan diremehkan - Sumber Dakwah.info
Pengusaha Muslim bukan tak ada tetapi agak lambat bergerak mengikut peredaran masa lihat sahaja kedai makan orang Melayu ada yang tak berubah sejak berpuluh tahun sedangkan kedai makan MAMAK dah lama upgrade ala Bistro manakala kedai kopi CINA dah naik taraf jadi KOPITIAM. Kita umat Islam hanya pandai marah JAKIM atau marah pengusaha Kopitiam apabila dapat tahu Kopitiam tertentu tak ada sijil HALAL JAKIM. Kan KOPITIAM tu untuk orang Cina jadi kalau ada yang minta sijil HALAL JAKIM tu kira bonuslah untuk orang Islam.
Kita mesti rajin memeriksa status HALAL dan HARAM dengan berbagai kemudahan semakan ONLINE dan SMS yang ada dan jangan harap KERAJAAN nak suap depan mata sahaja.
halal Semak status HALAL secara Online dan SMS
Semakan status HALAL online.
1. Semak status HALAL @ HALAL JAKIM
2. Senarai syarikat yang mendapat Sijil Halal Jakim TERBARU @ HALAL JAKIM
3. Senarai HOTEL yang ada Sijil Halal @ HALAL JAKIM
4. Aduan Halal @ HALAL JAKIM
Semakan status HALAL SMS
Jika ragu-ragu tentang kehalalan produk sesuatu syarikat, boleh juga cuba semak dengan telefon bimbit anda:
Taip HALAL SEMAK [No. ROC] & SMS ke 15888.
Maklumat lanjut, http://www.mysms.gov.my.
Semuga perkongsian sedikit maklumat oleh membantu umat Islam Malaysia. Dan kita umat Islam ada tanggungjawab FARDU KIFAYAH yang perlu diselesaikan terutama urusan makanan Halal dan Haram ni.
Nota : Sangat digalakkan untuk copy paste, ReTWEET, Like FB dan Share FB untuk sebarkan infomasi MAHA penting ini keseluruh alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...