Pages

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yang bernama Abul Hassan pergi menunaikan haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf, tiba-tiba beliau terlihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat secantik dan secerah wanita itu, pasti wanita itu tidak pernah risau dan bersedih hati."  Wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu dia  bertanya, "apakah katamu wahai saudaraku?" "Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abul Hassan bertanya "bagaimana hal yang merisaukanmu?".  Wanita itu menjawab "pada suatu hari, ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban dan pada ketika itu aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu lagi masih bayi,dan sewaktu aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata kepada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing?" Jawab adiknya "baiklah kalau begitu."

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya.Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati dalam kehausan dan ketika aku meletakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas itu terkena badannya, habis melecur kulit badannya. Berita ini didengari oleh anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka saat ia mendengar akan khabar itu, ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.

Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua. Lalu Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu? Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda."


Adapun sabar dengan mempebaiki yang lahir maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka. 


Demikianlah cerita di atas  satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan daripada Allah.


Kerana itu Rasulullah S.A.W bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
Tidak ada balasan bagi hamba-ku yang mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar,melainkan syurga baginya. Begitu juga mengeluh.Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah S.A.W bersabda, 'Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah:, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.

Dan sabdanya pula"Mengeluh itu termasuk dalam kebiasaan Jahiliyah, dan orang yang mengeluh , jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...