Khas buat kekasih


Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....


Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...


Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S -

andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...

Sahabat Nabi - Abdurrahman Bin Auf


    Usrah kali ini, naqib meminta aku untuk menceritakan cerita tentang sahabat nabi..Aku memilih Abdurrahman Bin Auf..

Kenapa Abdurrahman??

    Aku seorang yang meminati dunia bisnes..Acapkali aku membaca mengenai Donald Trump, Bill Gates, Warren Buffet,Syed al Bukhari,Tan Sri Azman Hashim dan banyak lagi.. Donald Trump terkenal dengan kebijaksanaannya dalam berbisnes, tetapi beliau terkenal dengan keegoan beliau..Bagi Abdurrahman  pula, beliau terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam berbisnes,sehinggakan ada sahabat mengatakan, “Jika Abdurrahman diberikan pasir sekalipun, beliau akan mampu menukarkannya menjadi emas”..

   Beliau (Abdurrahman) merupakan seorang yang berwajah tampan, walaupun sibuk dalam berbisnes, beliau tidak lupa untuk melengkapkan diri dengan kemahiran perang, (Beliau mengikuti semua perang yang di ikuti Rasulullah s.a.w), beliau juga seorang yang dermawan dan sibuk-sibuk beliau tu pun sempat meriwayatkan 65 hadith Rasulullah s.a.w..

Sedikit sebanyak tentang Abdurrahman..

   Nama lengkap beliau,Abdurrahman bin Auf bin Abd Auf ibn Abd Hariths, biasa di panggil Abu Muhammad.Ketika zaman jahiliyah ia bernama Abd Al- Ka’bah,lalu Rasulullah menamainya Abdurrahman.
   Lahir tahun 44 sebelum hijrah, berwaajah tampan,kulit putih kemerah-merahan dan halus,tangan lebar dan jari-jarinya keras.

   Beliau masuk Islam melalui tangan Abu Bakar Ash-Shiddiq dan termasuk salah seoorang daripada 8 orang yang mula-mula memeluk Islam.

   Beliau  termasuk 10 orang yang diberitakan Rasulullah masuk syurga.Beliau berhijrah ke Habsyah,gelombang pertama dan kedua. Beliau juga behijrah ke Madinah, mengikuti perang Badar dan semua peperangan bersama Rasulullah.

   Rasulullah s.a.w mempersaudarakannya dengan Sa’ad bin Rabi’. Sa’ad pernah mengatakan kepada beliau, “Aku adalah orang terkaya di Madinah.Kalau anda mahu silakan ambil separuh dari hartaku.Aku juga mempunyai 2 orang isteri,Silakan pilih mana yang anda sukai,aku akan menceraikannya, setelah itu silakan anda kahwini dia.” (Subhanallah, baik sungguh hati Saad Bin Rabi’,semoga Allah merahmati beliau)..Abdurrahman lalu berdoa untuk Saad dan berkata ,”Tolong tunjukkan saja aku ke pasar”. Setelah itu Abdurrahman berdagang sehingga menjadi seorang pedagang yang terkaya di antara kaum muslimin.

   Suatu hari kota Madinah digoncang dengan kedatangan satu kafilah niaga yang terdiri daripada 700 kenderaan niaga milik Abdurrahman. Saidatina Aisyah menyampaikan khabar gembira di mana Nabi s.a.w bersabda, “Aku melihat Abdurrahman masuk syurga dengan merayap/merangkak”. Mendengar berita gembira tersebut lantas beliau (Abdurrahman) mendermakan semua hartanya tadi (Kafilah niaga) seraya berkata, “Kalau aku boleh masuk syurga dengan berdiri,nescaya akan aku lakukan.” (MasyaAllah baik hati sungguh..)

   Dalam sehari beliau memerdekakan 30 hamba,banyak mendermakan harta kepada fakir miskin,kepada isteri-isteri Nabi, dan untuk keperluan perang kaum muslimin..

   Dalam perang Uhud,tubuh beliau terkena 21 luka. Sebahagian gigi depannya pecah, sehingga sukar untuk beliau berbicara. Salah satu betisnya juga terkena luka,sehingga sukar untuk berjalan.

   Beliau merupakan salah seorang calon daripada 6 orang yang dipilih Saidina Umar untuk menggantikannya sebagai khalifah.Beliau (Abdurrahman) menarik diri lalu saidina Uthman terpilih.

   Abdurrahman meninggalkan harta yang banyak,di antaranya emas,1000 ekor unta,100 ekor kuda,dan 3000 ekor kambing yang digembalakan di Baqi’.Beliau juga meninggalkan 4 orang isteri..(Ehemmm...bagi aku seorang dah cukup..hehe)

   Beliau meriwayatkan 65 hadith Nabi antaranya, Nabi bersabda,”Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada jemaah yang berada di shaf pertama”. (HR Ibnu Majah)

Sumber : Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah – Tokoh-tokoh terkemuka dari kalangan sahabat m/s 30-32

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...