Hikmah sujud

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. Allah berfirman dalam surah al-Hajj ayat 77 yang bermaksud:
"Hai orang yang beriman, rukuk dan sujudlah..."

Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari
segi perubatan, antaranya:

  1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing).
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Bernafas ketika sujud akan:

  1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  2. Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen bond womb)
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  5. Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
  7. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  8. Meringankan bahagian pelviks.
  9. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  10. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba- tiba menerima pengepam darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti apoplexia rupture of blood vessels.
Sumber asal facebook.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...