Pages

Jangan lupa untuk bersyukur

Nikmat Allah tidak terkira banyaknya.. Seringkali kita lupa, seringkali kita alpa untuk bersyukur atas nikmat Ilahi.. Kekadang sebab x dapat satu je daripada nikmat Allah atau kita mendapat ujian yang dasyat dan berat daripadaNya,  kita menjadi kedekut untuk bersyukur atas nikmatNya yang lain..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita..
Pesakit memberi kepercayaan sepenuhnya kepada doktor yang merawatnya.. Ada juga pesakit yg cuba melanggar arahan doktor, memakan ubat dengan harapan kalau-kalau dia memakan ubat dgn banyak lagi cepat la dia sembuh...Tetapi hakikatnya perbuatan tersebut adalah membahayakan pesakit tersebut, boeh jadi dia terkena side-effect akibat overdos ubat.. Walhal semua tahu ubat adalah utk mengubati sakit.. Sebab tu la kita kena ikut arahan yg diberi doktor dan memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, kerana doktor lebih "mengetahui" apa yg terbaik buat kita..

Puasa mengajar kita erti bersabar, kekadang ketika nk membeli juadah untuk berbuka, kita membeli bermacam-macam jenis juadah, kuih-muih.. Padahal, time nk berbuka, bila dah makan dua tiga jenis juadah, juadah-juadah yg lain tu x larat kita nak habiskan.. Bagi aku, bila dah makan nasik & minum air, kueh mueh mmg dah x larat nak layan.. Begitulah juga dalam kehidupan, kita inginkan macam-macam.. Walaubagaimanapun, Allah jua la yg mengetahui apa yg kita perlukan..Kehidupan sederhana, disamping keluarga tercinta pun sudah memadai bagi kita utk merasa kebahagiaan..Harta yg banyak pun, kekadang x larat kita nak menjaganya...Ibarat Donald Trump yg pening kepala sbb menguruskan lebih dari 100 cawangan syarikat miliknya..hu3

Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:
"Dan Dialah yang telah mengurniakan kepada kamu daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti kamu tidak dapat menghitungnya (satu per- satu). Sesungguhnya manusia itu sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya serta tidak menghargai nikmat Tuhannya."
Surah Ibrahim 14:34

Syeikh Muhammad Abduh:
Syukur ialah apabila seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat kurniaan Allah s.w.t.
 Ibn Ujaibah:
Syukur ialah kebahagiaan hati atas nikmat yang diperoleh, kemudian diiringi dengan mengarahkan seluruh anggota tubuh untuk tunduk dan patuh kepada-Nya dan mengakui dengan penuh rendah hati keluasan nikmat yang diterima daripada-Nya.
Ibn Alan al-Siddiqi:
Syukur ialah pengakuan terhadap nikmat yang diterima dan sikap suka membantu.
Abu Bakar al-warraq:
Syukur ialah dengan memerhatikan pemberian-Nya dan menjaga kehormatan.
Junaid al-Baghdadi:
Syukur ialah apabila kamu menyedari bahawa kamu bukanlah pemilik kenikmatan yang diperolehi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...