Pages

Rasailah kelazatan membaca al-Quran

Al Quran Penenang Hati

Dan, tahukah anda – keistimewaan Ramadhan yang meneduhkan ini ialah ia merupakan bulan Al-Quran. Sesiapa yang jiwanya akrab dengan Al-Quran nescaya jiwa-jiwa dan hati-hatinya sangat tenang dan damai. Inilah keistimewaan Al-Quran.

Al-Quran.

Sumber ketenangan jiwa.

Pancaran kebahagiaan buat nurani.

Sinaran cahaya yang menyinari sanubari.

Itulah Al-Quran.

Ia merupakan kalamullah yang akan memberikan ketenangan kepada jiwa. Ia membawa hati-hati manusia dekat dan hampir dengan Sang Kekasih agung iaitu Allah SWT.

Hubungan kita akan menjadi hidup dan segar apabila kita benar-benar akrab dan mesra dengan Al-Quran. Inilah kitab yang mempunyai pelbagai keajaiban dan kenikmatan yang memikat hati.

Bahkan, membaca Al-Quran akan diganjari dengan kebaikan dan pahala daripada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud :

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.” ( Riwayat al-Tirmizi)

Saidina Uthman bin Affan berkata : “ Kalau hati kita bersih, kita tidak akan pernah kenyang daripada Al-Quran. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf Al-Quran padanya.” ( Riwayat al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman)

Namun, banyak persoalan-persoalan yang timbul difikiran  kebanyakan kita. Kenapa kita tempuhi Ramadhan dengan jiwa yang tumpul perasaanya tanpa semangat dan keghairahan. Kita lalui dengan bermalas-malasan terutama malas untuk membaca Al-Quran.

Selalunya, Al-Quranlah yang begitu sukar untuk kita tatapnya saban waktu dan detik.Terasa berat dan kemalasan mulai berbenih di dalam diri sendiri. Timbul pelbagai rekaan-rekaan alasan berkiblatkan hawa nafsu.

“ Buat apa baca Al-Quran, tak faham langsung!”

“ Susahlah hendak sebut huruf-huruf Al-Quran ini,”

“ Buang masa sahaja baca, tak dapat apa-apa pun”

Banyak helah dan omong-omongan yang muncul dari kalangan kita. Agar Al-Quran tidak menjadi sebahagian daripada kehidupan kita.

Jika inilah yang sedang menghinggapi kita saat ini, amat rugilah kita. Seharusnya, di bulan yang mulia inilah –  kita semakin aktif dan cergas membaca dan mentadarus Al-Quran bersama rakan-rakan kita.

Jika kita malas dan menunda-nunda untuk menbaca Al-Quran itu satu alamat dan tanda. Apakah maksudnya?

Itu tanda kekerasan hati dan kesannya ialah kita akan ditimpa kesusahan di dunia, terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan dan diancam dengan azab di akhirat. Sebaliknya jika sentiasa akrab dengan Al-Quran, hati akan menjadi lembut dan jernih, fikiran menjadi cerdas, perasaan kian tenteram dan anggota badan menjadi cergas.

Hilanglah segala seri kenikmatan dalam menjalani amalan soleh di bulan Ramadhan ini jika hati kita sebegini. Marilah kita singkirkan dengan segera segala perasaan, tabiat dan sifat-sifat malas untuk membaca Al-Quran kepada suka, gemar dan cintakan Al-Quran.

Petikan diambil daripada website.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...